Monday, May 21, 2007

Soalan Personaliti Diri


Hi..Assalamualaikum..

Actually soalan ni saya ambil
dr kawan saya...dia pulak ambil dari lecturer dia....soalan ni kalau dengar mmg mcm merepek-hape-ntah...tapi korang try la buat..pastu emailkan kat saya balik jawapannyer....InsyaAllah saya akan reply a.s.ap....Nanti korang tau lah diri korang ni mcm mana..

Start

Pada suatu hari sedang anda berjalan-jalan...Anda terjumpa sebuah hutan belantara yg cukup cantik...Kecantikannya sehingga membuatkan kaki anda melangkah untuk meneroka hutan tersebut...Setapak demi setapak anda masuk ke dalam hutan...tiba-tiba anda terjumpa seekor haiwan..

1. Namakan haiwan pertama yg anda jumpa di dalam hutan tersebut?


Kemudian anda meneruskan perjalanan..kali ni lebih jauh ke dalam..dan tiba-tiba sekali lagi anda terjumpa seekor haiwan..

2. Namakan haiwan kedua yang anda jumpa di dalam hutan tersebut?


Kemudian anda meneruskan perjalanan..kali ni lebih jauh ke dalam..dan anda terjumpa sebuah pondok di dalam hutan.Kelihatan kepulan asap keluar dr rumah tersebut...

3. Pada pendapat anda, apakah yg berlaku di pondok tersebut sehingga menyebabkan asap kelihatan di udara?


Perjalanan tetap diteruskan...tiba-tiba sekali lagi anda terjumpa sebuah istana dan sebuah pondok, yang mana satu anda akan pilih...


4. Nyatakan pilihan anda. Yang mana satu anda akan pilih utk berehat?

Setelah berehat, anda pun meruskan perjalanan....dalam hati anda, cantik sugguh hutan ciptaan Tuhan ni....sekali lagi anda terjumpa dgn sesuatu..kali ni, sebuah pasu...

5. Gambarkan pasu yang anda lihat itu?(kalau bley dgn terperinci..warna,size,bentuk,bunga)


Perjalanan diteruskan lagi....jalan punya jalan....tiba-tiba anda terjumpa dgn serpihan pasu pecah...


6. Beritahu saya, apa yg akan anda lakukan dgn serpihan pasu pecah tersebut?


Macam-macam anda jumpa dalam hutan ni...Memang pelik tapi semua ni kehendak Tuhan..Anda jalan lagi...Kali ni, anda terpandangkan sebatang sungai yg mengalir jernih..

7. Beritahu saya, apakah yg anda akan lakukan dengan sungai tersebut?


Anda jalan lagi....dan lagi....dan lagi....tiba-tiba anda jumpa jalan keluar dari hutan...sekeluarnya anda dari hutan...ape yang anda nampak?


8. Beritahu saya, apa yang anda nampak sekeluarnya anda dari hutan tersebut?


Selesai? Belum lagi, ape yg anda perlu buat ialah menjawab soalan tersebut dan emailkan kepada saya, amnina@gmail.com .Saya akan balas dengan kadar segera...Saya akan berikan penerangan terhadap jawapan anda.
Selamat Mencuba......

Stop

Read More

Friday, May 18, 2007

Hari Pertama Menconteng

Bismillahirrahmanirrahim....Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Aku mulakan edisi conteng-menconteng ini dengan satu kalimah yg amat mulia... Juga bermulakan dengan hari ini, hari Jumaat, aku mengharapkan ade keberkatan yg diberikan untuk hambaMu yg kerdil ini...Izinkanlah ruang ini menghiasi ruang cyber yg cukup luas tapi terbatas ini...Aku rasa mukhadimah ini sudap cukup.Yang lain-lain tu...rasenyer...kemudian hari kut...

Assalamualaikum....
Read More