Tuesday, November 30, 2010

Perkenalkan Ajeet - The MUA

Chantek tak gambar-gambar di atas?
Yang kat atas tu bukan Ajeet. Tapi gadis-gadis chantek yg di make up oleh Ajeet.
Chantek kan?
^_^v

Saya perkenalkan Ajeet. A very talented man in making a woman to be beautiful.
Razzi Musa
contact no: 013 222 7871
ym: laleks_apaches

Kenal dia masa Ermey tunang. Make up dia sgt chantek dan chantek dan chantek lagi.
Harga?
Korang jgn terkejut tau! Ajeet bukan mcm MUA lain yg charge dgn harga tak munasabah.
Price Ajeet start dr RM80 untuk dinner dan RM350 untuk wedding
Terkejut tak? Sila terkejut...
So sape nak Ajeet, sila book cepat sebab Ajeet makin laris mcm goreng pisang panas!
Lambat-lambat tak dapat tau dek ;)


nota kaki: saya tidak menerima royalti untuk publisiti ini. review adalah berdasarkan minat dan hati.sekian.
Read More

Monday, November 29, 2010

Undilah Kami! {Our Love Story CST Production}

o "Saya menang motor!", kata Pakcik dalam iklan Poweroot itu.
Ingat lagi tak?
Saya pun nak cakap mcm tu.Tapi saya tak menang ape-ape pun.
Tapi semalam saya nampak cerita saya masuk dalam Top 10 untuk satu contest ni.
Alhamdulillaah....
Contest apa?
Contest Our Love Story from CST Production.
Siapa CST Production ni?
Dialah yg buat video chenta,pernikahan dan perkahwinan Elyana. Vast kan??
Apa hadiah peraduan ni?
Video ala-ala Elyana tu. Menarik kan? Lagi menarik sebab ianya percuma dan akan dislotkan di TV3.
Yer...TV3.
So saya nak menang. Tapi macam mana nak menang?
Korang kene undi saya.
Bagaimana?
Click UNDILAH SAYA. Undi cerita No 5. Cerita saya tu.
Mudah kan?
Harap-harap saya boleh cakap "Saya menang video free. Terima kasih CST Production", mcm pakcik Poweroot tu.
Oh, terima kasih kawan-kawan.
Saya hargai jasa baik anda :)

Have A Nice Day!
(klik gambar ni pun boleh...sampai juga ke tempat pengundian)
The End.

Read More

Thursday, November 25, 2010

Stop Child Abuse. I mean really!

Living in this big city sometimes make me forget on how fortunate i am. Being able to lead a moderate life with my beloved ones, my own money and with developing future, i should be grateful. How would it be to be less fortunate? Always we thought that we are somehow less fortunate. Less fortunate in the sense that we don't drive posh cars, we don't have beautiful angelic model-look-alike face, and we were not born in a silver spoon world. Thats it people! Stop. We aint Megan Fox nor Dr Rozmey. Thats the fact (unless Megan and Rozmey read this).

Have you ever thought of them?
Hugging his little brother in the middle of a cold night.
Begging people's sympathy in order for them to eat and survive for another day.
Where are the parents?

It is so cruel to just let them be....
"When i was just a little girl, i asked my mother what would i be.........."
A mother: The future is not for us to see.....Que Sera Sera
A beggar: There is no future for us to see......Que Sera Sera

A mother and her children begging on a street.
Child: Mom, i want to go to school....
Mom: This is your school...This street is your school.
Child: But mom...i want to gain knowledge not sympathy.

pengemis
HELP ME!

Child beggars. Sometimes i questioned myself. How can i help them? If i give my last dollar in the wallet, would it make a change? How differ it would be? Questions and a lot of them. But it never comes with a solid answer and solution. Time flies, the world evolve and everybody is moving forward. Shall we left them behind? or Shall we walk together with them? Together with Unicef, lets raise our hand together and stop child abuse.

A kid should have :-
. A loving family
. Education
. Shelter
. Friends
and
. Future

Lets make the world a better place to be.
unicef

pictures credit to Rnw, Kenmoksha, Mojokerto, and Punggukrindusaya.
Read More

Cik Shida Dari Parit Memang Kelas!

Siapa Cik Shida Dari Parit ni?
Whats so special about her that make me blog about her?
Whats her contibution?

Ini dia orangnyer.
.
.
.
.
Cik Shida ni kerja dia adalah seorang guru. Yer, mcm chekgu saya.
Jadi apa istimewa cikgu shida ni?
Cikgu Shida ni ada satu kebolehan.
Kebolehan apa?
Kebolehan membuatkan orang yg monyok tibe-tibe tergelak kecil kemudiannya senyuummmm sepanjang hari.
Macam mana dia buat macam tu?
Cikgu Shida suka kongsi video nyanyian miming dia dekat Youtube.
Korang sedih?
Korang nak tengok?
Korang nak rasa penangan dia?
Meh sini....kasi rapat sikit adek manes.
Korang load video bawah ni dan enjoy.
Jangan kutuk-kutuk ok! Nanti i babap u ;)


Korang nak lagi? dan lagi dan lagi dan lagi?
Klik kat link kat bwh nun. P jenguk Cikgu Shida ni kat Youtube Page Dia.

The End


nota kaki: sudah jelak dengan lawak spastik saiful apek dan nabil. Hmmmmmmph~
Read More

Monday, November 22, 2010

Abu Hassan Penchuri Jahat.

Dengar kata dia saket.
Siapa?
Orang yg saya sayang :(
Kan ramai orang yg kamu sayang. Cuba specific sket.
Chekgu.
Chekgu sekolah rendah ke menengah?
Sengal! Chekgu Khairuddin la... Mere chenta hey (hindustan pula).
Owh...kenapa?
Dengar kata, jatuh sebab kejar abu hassan penchuri.
Ish..ish..ish..kasihan.
A'ah. Kesian dia. Oh mere hero...mere hero..oh mere hero number one (ikut melodi mere biwi no 1).
Cakap kat dia, get well soon.
Malam nanti saya sampaikan...eh tapi ko ni siapa?
Entah!
Sengals!

Sempat saya beli cekelat dan semua yg berunsur cekelat untuk awk.

Bloggers dan readers yg nak bagi hadiah boleh click Telegift.
Untuk apa?
Beli hadiah/bunga dan dihantar secara percuma di sekitar KL dan Selangor.
Murah dan berbaloi-baloi. Haagen Dazs pun ade jual tau.
Kelasss!
Saya pun beli dengan mereka :)

nota kaki: Get well soon. Kalau patah riuk, wang hantaran tambah seribu ok?! Hehe :P
Read More

Mak nak yg ini tak? ^_^


Mak o00o mak! Mak nak set yang ini tak? Cantek makkkk....
Ada pouch Coach lagik. Boleh letak alat make up Mak.
Mahal? Tak mahallah.
RM180 aje. Tapi...
Kene beli RM200 ke atas atau beli 2 coffret set.
I'll try to get this for you, Mak!
InsyaAllah.
^_^

nota kaki: Ade tak sesiapa yg mahu beli barang EL tapi tamo beli Coach set ni? Sila pm saya k ;)
Read More

Resipi : Nasi Goreng Adabi

Pernah tengok iklan Adabi tak?
Ala...yang nyanyi lagu "Hei....nasi goreng...hei sungguh lazat..sungguh enak".
^_^"
Terbayang-bayang nasi goreng warna merah dia.Terliur!
Ditambah pula dengan perasaan lapar yang tak terbendung.
Maka lahirlah idea nak buat nasi goreng adabi.
Lagipun malas nak tumbuk cili dan bawang (saya xde blender yer kawan-kawan).
Jadi sebagai bahan-bahan, saya beli 2 paket perencah nasi goreng adabi, ikan goreng tenggiri, carrot,
cili padi, kacang panjang (sebab saya nak tinggi :P) dan nasi.
Yer, nasi pun beli!Hehe


1. Panaskan olive oil dan masukkan perencah Adabi.Kemudian masukkan ikan tenggiri
goreng yg telah ditumbuk.Goreng biar garing.

2.Masukkan carrot dan kacang panjang. Biarkan sampai masak.
3.Masukkan nasi dan cili padi.Gaul sampai masak ranum :P
4.Hidang dan sedia untuk dimakan bersama ayam goreng. Pun beli juga.Hehe
Mana gambar?
Dah lapar.Takde gambar-gambar.
Selamat dalam perot orang malas :P

The End.
Read More

How do i look like that nite?

This is my face make up.
Lets do the checklist based on the previous entry.

Wing-tipped eyeliner? Checked!
False eyelashes? Checked!
Violet contact lense? Checked!
Red rouge lips? Checked!
Black curly hair? Checked!
(The Close Up)
Purple tube dress? Checked!
Snake skin embossed pump? Checked!
Yeay!
Being an obedient, i follow all the looks that i wanted in my previous post.
Attaches is one special post to all the readers.
.
.
.
.
.
.
.
.
Please pardon my-hidung-kembang. Haha
Dreaming! :P

-The End-
Read More

Friday, November 19, 2010

What to wear for a dinner??

Its today!
Where i need to doll up myself.
Put a lil bit of make up and try not to be like a drag queen.
Set my hair.
Ready to meet and mingle with people.

This is what i had in my mind.
.
.
.
.
.
A purple tube dress that i bought from F21 last year. Never wear before.
p/s: Christina Milan is of course stunning in XS size but not in my case.Hehe.

Black curl hair.

Wing-tipped eyeliner and red rouge lipstick.
Fake eyelashes as well ;)

Violet color contact lense.

My fav snake skin embossed pump from Charles and Keith.
.
.
.
.
.
.
Thats all i can dig from my wardrobe. Hope i can i pull off the look :)
I will let you see the final outcome later.
See ya soon darlings!
Daaa~

The End.

Read More

Tuesday, November 16, 2010

Our True Love Story {CST Production}


CST Production? Tak kenal? Tipoooo!
Merata-rata link tengok video clip cinta Elyana tersebar. Itu kerja merekalah.
Sekarang CST Production anjur peraduan. Peraduan ape? Peraduan Our True Love story.
Hadiah? Video short story percuma untuk pemenang.
Siapa pemenang? Harap-harap saya lah. Hehe

Dah-dah...Banyak cakap tak guna. Laburkan masa anda dengan membaca. Membaca amalan mulia. Oleh itu, bacalah bingkisan aidiladha...eh eh bingkisan cerita saya.

-.-

Malam Seribu Satu Malam (Oh tiada Sinbad didalam ini cerita)
Satu malam minggu, hati sepi tanpa seorang insan istimewa bernama boyfriend. Mengeluh? Dah masuk jutaan kali kut. Bukan setahun tapi 3 tahun lamanya. Yang datang mengetuk pintu hanti tidak mampu membuka pintu hatiku yg telah lama ku tutup. Jangan ditanya kenapa...aku pasti ramai yg seperti aku. Tapi malam itu berbeza...tidak seperti malam minggu yg lain.


Pelawaan seorang kawan dan seorang adik utk menghabiskan malam minggu bersama kawan-kawan aku terima dengan berat hati, Mengapa? Malam semakin pekat menandakan kelewatan malam itu. Cinderella kan tak boleh keluar malam-malam. Aku ni Cinderella yg menunggu putera berkuda putih datang di beranda apartment tingkat 15. Berangan! Hehe...

Bersiap secara ringkas. Baju t-shirt Playboy limited edition ku pakai. Malas nak gosok baju lawa-lawa. Lagipun bukan ade yang nak tengok. Make up pun ala kadar aje. Dah malam, bukan ade orang nak telek. Sebuah kereta mengambil kami. Kereta meluncur laju membelah kepekatan malam itu.

Ada dua jejaka di dalam kereta itu. Yang driver tu dah selalu aku tengok. Rakan sekerja teman serumahku. Selalu juga kami makan ramai-ramai. Tapi yg duduk di seat co-pilot mmg tak pernah aku lihat. Macam budak-budak aje muka dia, getus hatiku. Serious tak ambil port langsung pasal dia. Borak2 dgn mereka lagi syiok. Mereka ni kecoh...tapi mamat sebelah ni pendiam sket. Ape-ape aje lah time tu..

Tiba kami di sebuah kedai mamak sekitar damansara. Kedai mamak sekarang dah up standard dia. Maka duduklah kami semua. Total 3 buah kereta. Aku duduk dihujung meja. Manakala mamat pendiam tu pada mulanya duduk jauh dariku. Kemudian dia bangun, mahu ke toilet katanya. Al-kisah, kawan dia (Faizal) serbat kerusi dia. Setibanya mamat pendiam ni, terpinga-pinga dia melihat kerusi diserbat org. Nak tak nak dia kene angkat kerusi duduk bebetul disebelahku. Faizal angkat kening kepadaku dan senyum. Cis!

Maka berboraklah kami. Aku sedikit pendiam dimeja itu. Masih sedih sebab tak dapat putera kacak naik kuda puteh kot. Hehe. Mamat pendiam ni jemput aku makan. Aku pula berborak dengan rakan di sebelah beliau (Mizi). Mizi ni peramah. Suka kenakan aku. Aku mula rancak berborak. Macam boleh ngam dengan Mizi. Mamat pendiam ni makan. Tertib. Tak bersepah dalam pinggan. "Bagus...", tibe-tibe je hati ckp macam tu. Erk!

Kemudian aku mulakan temubicara aku dgn mamat pendiam ni. Cikgu rupanya. Sama working field. Cuma aku bukan tenaga pengajar. Aku bahagian pengurusan di sebuah kolej. Jadi aku offer dia peluang pekerjaan. Itupun kalau dia mahu tukar profesyen. Jadi aku tulis alamat email opish di atas kertas tisu. Serious aku takde niat selain mahu offer peluang pekerjaan. Takdepun rasa nak ngorat. Habis disitu. Aku sambul berbual dengan Mizi. Tak habis2 dia mengusik aku. Tapi bukan usik dgn mamat pendiam. Takde kene mengena dengan mamat pendiam. Dari jauh Faizal cuma mampu tersenyum kambenk...aneh btol.

Sengal-sengal Nasib Badan
Satu petang di pejabat. Satu email kuterima. Eh..eh...dari si mamat pendiam itu lah. Suruh aku add ym dia. Aku yg tidak berperasaan itu buat tak endah. Dua minit lepas tu, email dari dia lagi. Suruh add katanyer. Lalu aku add aje. Sembang sana sini. Takde pula pendiam. Beliau mengajar diterengganu. Katanya mahu turun KL minggu tu, dan nak ajak aku kuar. Aku iyerkan ajer. Sengal tak sengal...dia x minta number hp. Ku biarkan aje. Padaku lelaki kene panjang akal.

Seminggu kemudian. Ding! YM dari dia (bukan senang nak berchatting dgn dia. Takde internet kat sekolah ok). Menyatakan kesedihan dia sebab x dpt jumpe aku.

Mamat pendiam: Sedih tak dapat jumpa kt kl aritu.
Saya: Awk tak ajak pun.
Mamat pendiam: Saya takde nombor hp awk.
Saya: Ohhh..takpelah. Next time kite jumpa lg.

Masing-masing tak nak mengalah. Aku tak nak bagi nombor hp. Dia malu mahu mintak. Padan muka disitu.

Tak lama lepas tu, kami bertukar number hp. Sms sana sini. Cuma call bila perlu. Sama ada ketika aku tension sebab tengah study. Atau sebab dia tibe-tibe call. Kadang2 dia mintak aku mms gambar. Pelik aku tak boleh hidu ape yg dia mahu. Adekah aku tiada perasaan? Mungkin laaaaa...

Setiap kali dia balik kl, dia akan call aku. Ajak jumpa. Minum petang bersama. Tengok movie masa tu mesti berempat. Takde nyer nak berduaan. Jadi macam mana aku nak hidu ape dia mahu. Yang aku hidu cume perfume Aigner dia yg menawan. Ghau-ghau bau dia. Hehe.

Tak lama selepas tu, setiap kali dia call, dia akan nyanyi lagu. Lagu pertama dia nyanyi lagu More than words. Kadang2 dia nyanyi tapi hantar gune bubble talk. Time kerja dpt bubble talk dari dia. Dia nyanyi. Indah kan? Kadang2 aku balas...tapi hanya nyanyi lagu kanak-kanak. Lagu tiga kupang....lagu aku burung tiong....lagu anak itik tok wi....dah itu je yg aku hafal. Itupun kene paksa dgn cikgu muzik sekolah time kecik-kecik dulu.

Satu Insiden yg Membuka Hidungku
Klimaksnya tiba apabila di suatu pagi nan indah, satu panggilan dari dia, "Awak, kejap yer". Saya pun tunggu seminit dua. Tak lama lepas tu, dihujung corong telefon terdengar sekumpulan budak-budak kecil menyanyi...




"You are my sunshine, my only sunshine

You make me happy when skies are gray


You'll never know dear how much I love you

Please don't take my sunshine away..."

"Lagu ni untuk awak. Saya train budak2 ni nyanyi untuk awak..".There you go...He swept off my feet just like that! Lepas tu dia sambung nyanyi by himself. Terkesima ok. Saya tersenyum dari pagi hingga balik kerja. Tido pun senyum lagi. Nice isnt it?

Bukan dia saje yang pandai sweet-sweet. Saya pun manes. Satu petang dia dah nak balik ke kampung halaman. Kedah darul aman. Saya sediakan sekotak coklat yg saya susun sendiri. Saya balut sendiri. Macam orang beli baju tu. Bukak kotak ade wrapper balut baju. Pastu baru ade baju. Macam itulah. Sekeping nota berbunyi " Kisses for you in case you miss me". Yer! Aku belikan coklat kisses dan atur byk-byk dalam kotak. Khas buat si dia. A double meaning gift.

Adegan Hindustan
Sedangkan lidah lagi tergigit. Entah ape yang berlaku. Aku masam muka dgn dia. Dia dah nak balik kedah hari tu. Kali ni dia naik bus. Tapi aku tamau jumpa.PMS kot aku hari tu. Bile pikir balik, aku rasa mcm tak patot buat orang mcm tu. Lalu dengan masa 30 minit yg aku ade, aku naik LRT Stesen Universiti.Destinasi? Pudu Raya. Nah..itu dia! Jeng..jeng..jeng! Sempat tak aku datang? 15 minit tau perjalanan ke LRT Uni ke LRT Pasar Seni. Berlari? Mestilah! Tapi sempat singgah beli sekuntum bunga dekat nyonya florist tu. Berlari? Berlari lagik. Try nak call dia. Alamak!!!! Kredit habis. Singgah 7E. Alamak sekali lagik!!! No cash. Nasib ade atm dalam 7E Petaling Street. Yes! Dapat topup hp. Call dia (dia tatau saya on the way jumpa dia ok!)untuk tanya naik bus ape. Naseb bus dia park tepi Nandos Petaling Street. Penumpang dah naik bus tp bus tak jalan. Tercungap? Of course! Aku minta izin driver bus nak jumpa someone. Naik tingkat atas bus..jumpa lah mamat pendiam.Dia terkujat.Aku tercungap! Mengah ok. Kami turun bus.. aku suh dia tutup mate. Kasi bunga kat dia... Touching? Mestilah! Dia kate, "saya takde ape ape untuk awk.tak tahu awk nak dtg". Muke dia? Muka terharu laa. Muka aku? Muka penat berlari. Kemudian hon pakcik bus memecah suasana. Dia terpaksa naik bus semula. Aku lambai-lambai dari bawah. Tanpa aku sedar ade manik-manik mutiara dipipi. Kenapa? Sedih laa...putera raja dah naik kuda puteh eh....naik bas p balik kampung. Lepas tu dia call, teman aku jalan sampai ler aku tiba dirumah. Penat tapi berbaloi....Dia kate, tak pernah ade orang buat dia mcm tu (kan aku dah cakap tadi, aku manes jugak). Hehe....

Akhir cerita
Dari situlah bermulanya episode bitter-sweet love story kami. Tak perlu nak kate i love u atau kanda chenta dinda. Actions speak louder than words, people! ;) And they hope to live happily ever after. The end.


Check them out!CST Production.

nota kaki: Sekian karangan tak rasmi untuk SPM 2020.
Read More

Uncle Seekers Skandal Permaisuri Aishah?

Shocking and unbelievable. Enough to make me awake in the morning. I dont how but i suddenly came accros Uncle Seeker's blog and was puzzled by his latest entry. Its about the former selangor queen or bekas permaisuri selangor, permaisuri Aishah. It is not the ordinary story that we heard about her. This is somehow or rather can make your jaw drop. Believe it or not, scroll down for more pictures.

Dulu kala

Kini?



Pictures from Uncleseekers blog.

In this situation finger pointing is not a solution. I believe that everyone has their own rights to find their own happiness. However, Aishah who previously an icon in this country shall give good examples to those who admires her.Nevertheless this is not the reason to stop them from creating their own love story but it would be sweeter and proper if they get married first. I am nobody to say about this as i am not that perfect too.

nota kaki: I just wished that Uncle Seekers didn't disclose this matters to public. If you love her, take care of her and her dignity. She has family too.
Read More

Friday, November 12, 2010

Minat Tak Berapa Nak Terpendam

Hari-hari kerja depan pc boleh rabun agaknyer kan? Alhamdulillah mata aku masih sehat walau kadangkala silau dipanah 4 lampu kalimantang di dalam bilik kecilku ini. Kalau pakai shades dalam opish, aneh pula kan....so tahan ajelahhh.

Saya bukan nak membebel tak tentu hala. Tulisan kali ni pun berkaitan dengan mata. Dari mata turun ke hati. Hehe...so mesti semua nak mata lawa. Zaman serba modern sekarang ni macam-macam orang buat untuk mencantikkan mata. Ada pakai contact lense warne-warni, eyeshadow sana-sini dan ade juga yg minum pati berry utk kasi mata bersinar. Itu dah biasa kan? Even remaja sekolah bile kuar pun dah pandai pakai eyeshadow. Tapi ade satu lagi cara untuk mencantikkan mata. Ini betol tak tipu. Banyak artis yg nampak lagi chantek bile pakai mende ni. Eh, bukan susuk mata lah!! Korang mmg suke gossip ;) Korang nak tahu mende apa tak??? Mendenya ialah.....

BULU MATA PALSU (^_^)v

Hahaha. Bukan takde yg pakai tapi cuma segelintir saja yg berani pakai. Saya mula berjinak-jinak memakai bulu mata palsu sejak beberapa tahun yg lepas iaitu selepas terpengaruh dgn adik saya, Amalina. Mula-mula mmg susah dan kadangkala sakit kalau salah pasang. Tapi perempuan biasalah, beauty is about pain and no pain no gain. Perempuan..perempuan! Dari minat memakai bulu palsu, kini muncul minat untuk menjual bulu mata palsu di bawah label sendiri. Research juga telah dibuat. Blog untuk label ni dah siap setahun yg lalu. Company tak register lagik. Namun, perbincangan dengan beberapa supplier telah dijalankan. Harap-harap menjadilah. Errr...korang rasa jadi ke idak? Takot juga kan...kut-kut nanti gulung tikar. Kalau gulung rambut, lawalah la jugak. Gulung tikar? Oh tidakkk....!

Betol ke pakai bulu mata palsu leh jadi lawa? Tak caya..meh tgk sini...

Ratu bulu mata palsu. Rozita Che Wan
credit to Gua.com

Cik Siti Wan Kembang...eh eh Siti Nurhaliza laaaa
credit to Budiey.com


Bienda
credit to Mayaqarmila

Heliza Helmi.
Credit to Budiey.com

Yatt atau Haryati Hamzah.
Credit to Facebook Yatt.

Kak Red.
Akak, senget bulu mate pelsu akak pakai tu.
Nanti saya ade bulu mate jenama senirik, saya pakaikan utk Kak Red eh eh eh? Kasi malatops lagi.
(apesal aku start ckp mcm Auuw ni?)
credit to Redmummy.com

Sapo lak ni??? Hehe...ini tukang cerita dalam ini gamba laaaa ;)

Kalau korang minat bulu mata palsu sekalipun....jgn jadi seperti dibawah yer.
Haru-biru nanti!
.
.
.

So sekarang sudah percayakan? Bulu mata palsu boleh menaikkan seri kecantikan wajah anda. Tak perlu mascara dah. Nanti susah nak ambil wudhu, kene cuci make up bagai. Tapi kalau pakai bulu mata palsu...zassst! Cabot aje..tapi pelahan-pelahan laaaaa.Karang tanggal terus kelopak mate. Tak dapat tido lak korang. Hehe

Akhir kata, marilah kita doa supaya cita-cita saya yg ke-65 ini tercapai hendaknya. Aminnn~

nota kaki: Korang wajib beli kalau bulu mata i taw! Hehe...
Read More