Monday, August 9, 2010

Korang ingat lagi tak mende ni?

Din Dang

Tora (Tora datang lagiiiiiii.....)
Jojo

Objek-objek di atas adalah Toy Box (bukan Toy Boy yer rakan-rakan...nakal btol kamu ni) atau dalam bahasa melayunya, kotak permainan. Toy Box seperti Din Dang, Tora dan JoJo cukup popular disekitar tahu 80-an dikalangan budak-budak sekolah. Harga mampu milik iaitu antara RM1 hingga RM2.20. Kumpul duit bekal tak pun tunjuk kat father and mother, pasti dapat. Kalau tunjuk jari kat Play Doh, mungkin ambil masa sket. Ye lah father and mother korang mesti nak buat kire-kire dulu. Jadi Toy Box ini dikira mampu milik oleh setiap orang.

Antara tiga ni, JoJo yang paling mahal. Kotak besar, harga mahal.....bila beli besar harapan mahu melihat hadiah permainan yg canggih-canggih. Tatkala membuka kota, hancuss segala harapan. Yang ada cume permainan Made in China yg saiznya sekecil tapak tangan kanak-kanak (sila abaikan tapak tangan singh yg membuat roti nan). Begitu naifnya kanak-kanak. Bayar RM2.20 masakan akan mendapat hadiah permainan RM20. Kan kan kan? Tapi itulah kanak-kanak......

Sekarang ni zaman dah berubah. Umur 10 tahun pun dah mula kenal Facebook. Tak mainlah Tora, Din Dang atau JoJo. Entah-entah diaorang tak pernah tahu pun kewujudan Toy Box ni. Zaman anak-anak kita nanti pun mungkin berlainan...

Oklah, aku dah mula senyum sorang-sorang memikirkan memori aku waktu kecik-kecik. Bukan semuanya yg indah....tapi itulah satu-satunya khazanah yg akan aku bawak sampai aku Alzheimer nanti (nauzzubillah...mintak dijauhkan).

Eh..chup chup. Lupa nak tanya. Antara Tora, Din Dang dan JoJo, yang mana satu kegemaran korang?

Daa~

nota kaki: Saya vote for Tora!

5 comments:

shiela-suka-suki said...

hahaha.lawak2...jojo aku tak penah beli..tora dan ding dang tu slalu beli..regular customer..paw pak busu aku..aku rasa aku undi tora datang lagik...haha

a.m.n.i.n.a said...

Yes..sama mcm aku. Tora datang lagik...(mat sentul nyer iklan).

ween said...

xpernah tau pun yg jojo tu. sy selalu beli ding dang sbb ada gambar doraemon. hehe

a.m.n.i.n.a said...

JoJo tu mahal sket...sebab tu tak pemes ;)

Anonymous said...

yq ni skitar awl 90an klu x slh..cuz sy bdak 90an n mende nie sqt2 popular especially bdk2 skola rendah..yq jojo 2 klu xslh rm2..mmq kira mhal la time 2..huhu