Sunday, September 29, 2013

Sewaktu di dalam kereta, tiba-tiba...

Tiba-tiba ternampak adik aku, Azreen tengah sedap bergambar. Lepas tu macam teringin nak tumpang sekaki. Haha. Ape lagi, lepas tu berpuluh puluh gambar le yang aku snap. Seronok! Seronok sbb dapat syok sendiri. Dalam pada tu sempat juga, tangan-tangan yang dengki cuba merosakkan gambar vain aku. Namun hasrat mereka gagal. Sorry ya!

Lagipun bukan sekadar syok sendiri je, dapat jugelah membunuh masa sebab jauh jugak perjalanan Kerteh ke Kemaman. Yer, lepas lunch kt Kemaman, kami lajakkan ke Mesra Mall Kerteh. Saje nak tukar angin. Bosan jugak nak mengadap ECM atau Midvalley. Kuat jugak penangan Mesra Mall. Sembat rembat kaftan batik lukis 4 helai untuk kami semua. Corak batik ni tak sama macam yg kt pasar mlm kelumpo tu. Jauh beza tau, Kak Kiah! Biasela...bile nampak shopping banyak sket mak mesti bising pot pet sebab takut aku membazir. Takpelah....peringatan untuk diri sendiri. Tapi mase tu masuk telinga kanan kuar kt telinga kiri, lubang hidung...semua ade. Ampun, mak!

Untuk update JJCM di Kemaman kita buat di lain entry ya?

Tata semua :)



nota kaki: Perot kenyang hati pun senang. Happy Birthday my bestest lil sista or known as Azreen Busuk. Hihi. 
What say u?

0 comments: