Tuesday, December 8, 2009

Bila Kakis Berjalan - Muka Surat 1




" Dia datang dengan lenggang lenggoknya.....
Dia datang dengan lengook simpulnya.........
Dia datang dengan lenggok manisnya.......... "

Hari minggu ku diceriakan dengan kedatangan 3 + 1 makhluk asing yang tidak asing lagi di blog aku...Muka-muka mereka seringkali terpampang di dada blog aku... Pening sekali melayan mereka semua....tapi itu cuma alasan...yg sebenarnya, aku senang dgn kehadiran mereka... Sekali lagi Timur, Barat dan Utara bersatu....

Tarikh 5 Disember menyaksikan sahabat-sahabat ini bersatu. Mereka ini juga pembuli no satu hidupku. Mereka juga bunga hatiku... =) Kedatangan kali ini adalah kerana hasrat kami ingin menonton teater Natrah yg ditayangkan di Istana Budaya... Memandangkan masa masih banyak, maka kami menghabiskan masa berlibur di pusat membeli belah One Utama

11.00am - KL Sentral

Kami takot salah naik bus...help!!!

Shiela dan saya sepakat untuk menaiki bas menuju ke One Utama. Kami berhasrat untuk bersarapan dahulu disana sambil menunggu ketibaan kakis yg lain...Namun yang demikian, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan kerana cik Amnina telah lewat bangun dari tido....Maafkan saya Shiela....Mata saya ni mmg susah nak bukak =D Maka cik Shiela terpakse mengisi perotnya di McD KL Sentral...Manakala Amnina pula kelaparan =p

12.00 noon - One Utama

Sementara menunggu kakis yg lain tiba....Saya dan shiela menghabiskan masa dgn melakukan pre-shopping =D Bermula dari Forever 21 sehingga Cotton On, semua store kami pergi....Dan hasilnya? Kami berjaya menaikkan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak 0.0000000000000001% (data tidak rasmi). Gembira Gembira Gembira!


Hasil belian Shiela.....Saya pun beli beg yg sama =D

Cik Nina terkujat melihat resit pembelian beliau...Wuiyooo! Banyak nyer...

Tiba-tiba acara membeli belah menjadi lebih ceria dengan kehadiran mereka berempat. Yang di tunggu dah tiba =) Eh..Eh...mana Emma? Owh Emma masih belum sampai rupanya....Tidak mengapa....Since times wait for no one, we continue our plan with shopping. Yes...still shopping! Err...did i mention shopping just now? ;)


@ Benefit Counter

2.30pm - Simply Penang One Utama

Perot mula mendendangkan lagu S Jibeng.....itu tandanya, tangki perlu diisi....tenaga perlu diperbaharui kerana jalan masih panjang. Memandangkan saya pun tidak makan lagi, maka aktiviti diteruskan dengan acara makan-makan.

Saya amat berpuas hati dgn rasa masakan disini ketika kunjungan saya dan chekgu ke restoran ini, recently....Maka, Simply Penang telah saya perkenalkan kpd mereka....Dengan harapan, mereka pun turut berpuas hati...seperti biasa saya memesan Nasi Nyonya Dengan Ikan Bakar Sambal......Disini, memesan makanan adalah umpama memilih lagu karaoke...semuanya di labelkan dgn kod seperti E12, F24 dan sebagainya...

Sesi makan-makan kami selang-selikan dengan acara bergambar....Kami dan gambar tidak dapat dipisahkan =)


Tersenyum walaupun kelaparan...

Inilah makanan kami.... =D

" Gendang Gendot Tali Kecapi...
Kenyang Perot Suka Hati =) "

Ini badan dan kaki kami....sila suai padankan =D

5.00pm - LDP
Menuju ke Stesen Kelana Jaya Lrt untuk mengambil Cik Emma yg baru tiba dari Perlis.....

Bersambung....

2 comments:

SIKAKITULIS said...

bile mase anis pkai sneakers ni ehehe?

Unknown said...

ngeee.......