Wednesday, June 9, 2010

Sedih dan Pilu. Tapi kamu ketawa?

Oh chup! Sebelum pelbagai spekulasi dibuat, adalah lebih saya menyatakan bahawa tajuk entry ini tidak seperti yang anda gambarkan. Ape yang anda gambarkan? Ntah la...saya pun tak tau =p~

Sabtu lepas, Ziera, Farizam, Adda, Adik Adda, Housemate Adda, Chekgu tersayang dan saya dengan segigihnya telah menonton filem Lagenda Budak Setan. Cerita ringan yang rata-rata plotnya bertemakan cinta. Pada saya perkembangan plot dan karakter terlalu cepat, tak sempat nak feeling. Feeling drop tibe-tibe di tengah-tengah filem. Susah nak engage dengan feel sampai habis filem. But overall, saya enjoy. Sile bawa tisu bagi yg berhati rapuh. Lagu dan cerita itu akan kamu kaitkan dengan diri kamu secara tidak langsung. Nanti korang nanes saya tak tahu ok... =p~

Tibe-tibe time syiok tengok cerita tu, Chekgu gelak non-stop. Dah la time tu scene sedih... Bila saya tanya....dia kate, "Cube tengok orang sebelah tu...nanes teresak-esak..beria". Adeiihh....... Sebab tu tajuk entry saya , "Sedih dan Pilu. Tapi kamu ketawa?". Haiiih.....kamoo ni takde simpati btol. Biarlah awek tu nanes. Ntah-ntah cerita tu ade kaitan dengan dia kut. Ermm...by the way, Kashah tu ketua kelab anti perempuan. Eh bukan ke sama macam awak dulu yayang? Hahaha...nah, terkena disitu. Eh, bukan ke awak pernah kene punish sebab nakal kat sekolah? Owh...terkena sekali lagi! Maaf tak sengaja...saya ter-reveal kat blog saya lah plak....hehe.. Jangan marah yer...nnt kene jual ;)

Buat yang tengah emosi sedey..atau yg memang suka layan lagu sedey, nah download lagu ni. Free of charge. Tapi lagu-lagu ni ihsan blogger kita iaitu Oraitba dan DarkBatman. Credit to both them.


Anyway, dah sampai ke penamat. Secara peribadi, lagu yg male version lagi menyentuh hati. Ok. Please excuse me. Saya nak cari tisu. Tibe-tibe plak....Korang layan la gamba-gamba and lagu-lagu ni.

Kami Berdua


Kami Semua



-End-

0 comments: