Monday, October 25, 2010

Sesat Barat Hanya Kerana Dia

Yer! Hanya kerana dia. Seorang insan yang bernama Ceda. Pagi-pagi lagi aku dah bangun. Kata Anis mahu menghadiri majlis perkahwinan Ceda. Kata beliau juga awal-awal pagi lagi mahu keluar untuk breakfast dan kemudiannya ke rumah husband Ceda. Korang mahu tahu ape jadik?? Cik Yamie dan Cik Shiela baru celik mata. Tahi mata mungkin masih berkerak di mata. Itu ler...asik kata aku je lambat siap. Sekarang ni Shiela dan Yamie sila pegang title yang telah sekian lama ku pegang. Tak gitu anis? Hehe

Then off we go to IOI Mall Puchong untuk bersarapan pagi. Oleh kerna cik Anis perot melayu pagi tu, haruslah tawaf satu mall untuk cari sarapan melayu. Ikotkan aku, Subway pun buleh... Maka, tawaflah kami di segenap pelusuk mall itu. Banyak kedai tak buka sebab belum pukul 10 pagi lagi. Alih-alih terjumpa food court jusco. Anis yg kebulur terus order dan ngap tanpa menunggu aku dan shiela yg terkedek-kedek nak bayar pesanan kami. (Maaf tiada gambar. Mood pagi).

Lepas makan dan jalan-jalan cari hadiah kawin, kami pun bergerak menuju ke rumah husband Ceda. Kami ikot panduan peta dekat kad kawin. Korang nak tau lagi tak??? Kami sesat! Yer..sesat gara-gara tak nampak 2 ekor petrol pump. Kami terlepas simpang. Kemudian pusingan U dibuat untuk patah balik. Nasib baik terlajak perahu boleh diundur kan kan kan? ;) Akhirnya sampai juga kami ke destinasi yang ditujui (ayat klise time exam karangan bm). Tapi naseb jugak kami tak salah rumah sebab ade 2 kenduri di kawasan yang sama. Hehe...

Sampai-sampai je hidung aku terhidu bau nasi beriani. Whoa...! Nasi beriani udang u! Nina like :) Tanpa segan silu kami makan dulu sebab pengantin x sampai lagi. Traffic jam kot :P Macam-macam ada kat sana...siap ada tapai. Kat tempat aku tapai bukan satu kemestian. Kat Kuantan satu kemestian dia adalah Puding Raja. Uuuuuu sedapnya. Tak tahu puding raja? Kesiannn...sile Google ok? Bak kate omputeh, Google is God. Itu omputeh la..ommelayu macam aku cakap, Google is Good. Hehe. Beza tu yer tuan-tuan dan puan-puan... ;)

Perot kenyang..hati pun manyak senang wor. Maka bergambarlah kami sampai ler pengantin datang. Jemput tengok yer gambar-gambar yang tak seberapa nak banyak. Takot lak orang saket mata nengok kami sakan bergambar. Al-kisahhh...... Ha, jemput tengok, jemput tengok..jangan malu-malu yer :)


Memang hidangan kawen paling marvelous pernah aku rasa. Yer..ada tempe disitu. Khir Toyo, u want some? ;)

Chek Adek yg manes-manes belaka. Yamie mana? Yamie kurang manes. So she is not in the picture :P

Walau ko tak manes. Tapi ko chantek berkebayan....eh berkebaya ;)

Si bucuk Shiela yg manes bila senyum. Kalau tak senyum? Ana pun lari naik unta laa...

"Kerana diriku begitu berharga.."
.
.
.
.
Eh, mana pengantin??
Ni dia pengantinnya. Ceda dan pasangan.

Kami terjah pelamin mereka!

Ceda dah kawen. Cik Anis bila pula yer? Jangan tunggu lama-lama yer...

-Sekian-

nota kaki: Semoga berbahagia yer Ceda...Doakan kami yg belum berkahwin lagi ni yer ;)

6 comments:

YaMie said...

pdn la aku rs xsedap hati, rupa2nya ada org ckp blkg aku ek, cet pntang tau aku hahahha weh korang jadi manes sbb aku yg amik angle lawa cuba kalau aku main tekan je, ada berani? hahaha

shiela-suka-suki said...

wes wes..cakap aku bucuk ek nina..
siapla ko nnti..haha

Unknown said...

amboi nina...xagak2 ko hentam kitorg kali ni ek..btw, sangat jatuh chenta dgn entry gmbr makanan (esp tuk khir toyo dan mine)...so comel...(erkh..aku kah ini??) nanti aku akan upload jugak kat kaki nyer web ek....

p/s: ayat ko jd panjang lebar cmne sbb wat tesis ke??? hehe

a.m.n.i.n.a said...

Yamie: Terbatok batokkah anda? Haha. Ko jangan yamie...sebelum aku upload gambar ko yg bermulut sotong.hahaha :p

a.m.n.i.n.a said...

She-lala: Hehe..kelaka la shiela. kenapa aku rasa mcm tak terancam :P hehehe sekali lagik.

a.m.n.i.n.a said...

Anis: Lepas gian menulis. Thesis agak beku. Hehe. Makan tempe bagus anis. Abang Khir kate nanti pipi jadi tegang. Awet mude katanyerrr!

p/s: Errr...agak-agak aku kene tahan ISA tak? :P