Thursday, January 6, 2011

Malam Tahun Baru Saya :)

Pejam celik-pejam celik dah masuk 2011. Ayat klise yang kite selalu dengar. Walaubagaimanapun ada benarnya. Masa berlalu begitu pantas. Sampai kadang-kadang rasa tak puas untuk menikmati hari-hari yg kita ada. Macam mana nak puas...ade yang sibuk bekerja, sibuk menjaga anak, sibuk belajar tidak lupe juga ada yg sibok menggoyang kaki dan yg buat-buat sibuk. Hehe..sampaikan takde masa nak menikmati hidup ini sepuas-puasnya.

Hidup ini ibarat roller coster. Sekejap turun sekejap naik. Kejap-kejap karang terbalik pula. Sungguh adventurous hidup kita ni ^_^". Kalau tahun lepas kecoh tentang kemelesetan ekonomi dunia, tahun ini 2011 kecoh dengan harga barang yg melambung tinggi. Setinggi Menara KLCC kot? Bersiap sedialah dengan isu inflasi yg bakal dijaja di dada akhbar. Ye ler..kalau ikot belanjawan 2011 aritu, dgr kate nak bina bangunan yg lagi tinggi dari yg ade sekarang ni. So nak tak nak...kerajaan kene cari duit untuk projek-projek maha hebat yg di war-warkan. Tak guna juga mansuhkan cukai barangan branded sekiranya rakyat tak mampu nak membeli-belah. Oops mengomel pula saya ni kan? Maaaflah....sy cuma melahirkan kegusaran saya tentang permasalahan harga-harga barang keperluan yg naik mendadak. Bak kata kawan saya.." I eat rice with pork, previously it was RM4.00 but now is RM4.50. Pricey!". Ayat ni dari salah seorang executive Sime Darby. Bagaimana dengan nasib pekerja syarikat sdn bhd? Bagaimana nasib saya? Terpaksalah kami mengikat perot dan tak boleh joli mcm selalu T_T

Walaubagaimanapun hidup harus diteruskan :) Tak kire ape jua masalah kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Akhir kata dari saya...

" Its not how it starts that matters but how it ends :) "

And the last but not the least one...
.
.
.
.
.
Hehe... ;)

nota kaki: Happy New Year everybody!

0 comments: