Tuesday, January 18, 2011

Sugar and Spice. Happy Birthyeay Kamoo!

Hello kawan-kawan! Puhhh..puh..tiup habus sket. Hehe
Dah sebulan peram baru nak upload. Tapi takpe lama-lama peram best jugak eh.
Macam budu. Sekali makan nak lagi. Harap-harap sekali baca nak baca lagi.
Ye idak? Iyakan aje laaa...

Misi kali ini adalah untuk membuat surprise birthday party untuk Chekgu saya. Party kecil ini hanya dihadiri kaum keluarga dan yg rapat. Maaf tak dapat nak jemput kawan lelaki Chekgu atas sebab-sebab tertentu.

Majlis ini didalangi oleh adik saya, Amalina...rakan sebantal kami, Sue....adik Chekgu, Dek Yang dan saya. Siapa saya?? Tarak tau? Hurmmm... 0.o

The Back Bones.

Ok..ok..meh nak citer disebalik majlis ni. Korang tau tak balloons ni semua di heret dari Midvalley -> Rumah -> A&W. Oh..sungguh jauh perjalanan mereka. Tenkiu buat Ina dan Sue sebab x segan silu nak heret belon ni.

Sementelahan itu (ayat puitis tak hengattt) saya dan adek chekgu sedaya upaya untuk mengelak Chekgu daripada menghidu misi ini. Misi kecik aje pun...tapi perjalanan kami jauh ok. Kene make sure Chekgu sampai on time dekat A&W. Kenapa A&W? Sebab dia bukak hingga larut pagi..kalau buat kat tempat lain, tak sempat Birthday Guy datang, depa dah tutup pintu. "Dik..dik...abg nak tutup kedai dah ni". Tak ke haru biru nama nyer? Oleh itu, A&W menjadik pilihan kami.

Table setting by Ina and Sue. Gracias~

Setelah berpenat lelah dicampur dengan tidak berhand phone (guna hp Chekgu), maka sampailah kami ke destinasi. Perot pun sudah bergendang gendut.Laju je kami masuk A&W. Tiba-tiba kami nampak belon. Chekgu dah sengih-sengih. Mesti dia dapat agak sebab majlis tu on the eve of his birthday.
Surprise! Its your birthday sweetums!~

Kasi can la nak berdua japs :P~

Satu section A&W ditutup bagi meraikan majlis Chekgu.. Tak lengkap majlis ni tanpa crew-crew yg pantang nampak camera ni. korang mmg awesome-lah! (Puji lebih ni xde kupon free ke?Hehe).
Nak tengok crew-crew tu? Moh kite scroll ke bawah sket..sket aje tau.

Sile tgk crew yg belakang sekali tu? Ewah-ewah kamu..over dari kami :P

Lepas tengok crew baru tengok kami. Tapi kenapa? Sebab gambar kiteorang lagik banyak. Haha... Kalau letak awal-awal takot korang jemu, pastu tekan pangkah lalu pergi meninggalkan blog ini dengan lajunyer.
Kalau korang baik hati, berhati mulia, tulus ikhlas...silalah stay sehingga ke akhir rancangan ini. Ok?
Sila angguk T_T.

Time ni sopan lagik. Scroll bwh sket..

Action kamen...!!!! Mcm tarian Sin Chan pun adooo

Tak jadik ler bibir Angelina Jolie korang... (psst..mcm bibir Kak Nita!)

Senyum menawan tapi perot menjerit kelaparan..hehe.
p/s: Auuuw..menawan katenyer!

Akhir kata, semoga kita dipanjangkan usia dan dilimpahkan rezeki olehNya.
Syukurlah dengan nikmat yang diberinya.
Amin~

"Saya bersyukur dikurniakan orang-orang menyayangi saya..dan saya balas dengan menyayangi mereka semula.
Janganlah ditarik nikmat yang satu ini Ya Allah.."

Sekian. Maceh.... :)

nota kaki: Tujuan bercerita hanyalah untuk berkongsi kegembiraan bukan menjemput nista.

2 comments:

Diamond said...

wah so sweet la nina.. semoga berkekalan.. (^_____^)

shiela-suka-suki said...

hehehe..kamu lebih tua dari chekgu ke nina???ooppss!!!takpe, young at heart.ngehngeh.suka gambar di sebalik belon ungu n putih itu.romantika gitu.