Wednesday, January 25, 2012

Of Lok Kam and Lemang.

Lemang memang sinonim dengan orang melayu. Sebut sahaja lemah sah-sah akan dikaitkan dengan raya aidil fitri. Namun berlainan untuk Lok Kam atau Limau. Buah ini amat sinonim dengan Tahun Baru Cina. Asal tiba raya cina, maka berkotak-kotak limau yg akan kite dapat. Time ni la nak merasa limau mandarin.

Tapi Lok Kam dan Lemang yang sebutkan kali ini bukanlah juadah tradisi. Ianya hanyalah metafora untuk menggambarkan keluarga kembangan kami. Berdarah kacukan melayu dan cina membolehkan kami untuk menyambut lebih dari satu perayaan.

Tahun baru cina kali ini disambut meriah bersama kaum keluarga yg dekat mahupun yg jauh. (Ayat edisi berita utama. Tak boleh blah!) Kami berkonvoi, makan limau, makan kacang, makan besar, main mercun, terima ang pow, karaoke, ambil gambar n bergelak ketawa.

Oleh kerna saya x boleh blah dengan bahasa skema saya ni, moh la kita layan gambar je.
Serius...rasa loya sejenak! Sejenak??? Hahaha

1st destination. Sebuah kampung yg banyak guna jambatan gantung. ce teke...

Klasik btol gambar ni....mcm dlm citer The Good Old Days lak...korang tgk x?

Dah besar panjang pun kiteorg still dpt ang pow. Asalkan tak kawen lg...yabedabeduuuu

Budok paling lapo. Kesiannn...kutip tepi jalan.

Motif gambar? Nak gambar dgn leng chai kt tgh tu...


2nd destination. Clue dia. Dekat belakang Crocodile Rock.

Omak den dengan atok sedara.

Budak perempuan pinkk tu tgh nyibuks. Camera magnet!

Karaoke dekat tingkat 3. Hado? Den pun nan hado..

Lepas sedar diri suare tak sedap, moh ler turun untuk balik. Hari dah lewat...Ini bukan kelab malam tau kak kiah.

Gambar keluarga. Pasni leh gantung kt dinding. Atau mungkin bersarang di pc sajer..

Last but not least gambar tuan tanah dan anak tuan rumah. Hehe

Suda habis.
Lu olang boleh balik.
Babai.

0 comments: