Semalam masa tengah tunggu mesin basuh berhenti, lepak-lepak kejap dekat ruang tamu. Sempat juga tengok rancangan Semanis Kurma. Itupun sebab dah takde rancangan best. Almaklumlah, rumah sewa mana ade Astro.
Tajuk semalam pulak sangat menarik iaitu, "Setelah kau pergi". Ini kiranya pergi sementara dan pergi selama-lamanya lah. Seronok jugak dengar para jemputan berkongsi kisah masing-masing. Tapi yang aku paling tahu, lagi berat telinga mendengar, lagi berat bahu yang memikulnya. Ustazah Bahiyah sempat jugak selitkan satu kata-kata yang sekarang ni masih terngiang-ngiang kat telinga ni.
"Ujian yang hebat adalah untuk orang-orang yang hebat"
Bile dengar kata-kata tu, teringat balik ujian yang pernah melanda dulu. Memang hebat. Sebab hebat sangat, so malas nak ingat balik. Biarlah masa yang menjadi pemadamnya. Aiiii chewah!
Di akhir rancangan tu, Ustaz Ling-Ling ade bagi ayat untuk orang yang dilanda masalah. Tapi sempat ingat satu je. Maklumlah...dah tueeeee. Hihi. Dalam masa yang sama ayat ni juga sesuai untuk orang yang dilanda stresss, seperti saya. Muka pun dah ade jerawat pasir. Oh no!
Surah Al-Imran ayat 173. (ayat dia panjang tapi yang ni je yang dia highlight)
Terjemahan : "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya segala urusan kami)"
Al-kisahnya, ayat ni pernah di baca ketika Nabi Ibrahim AS sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad SWT ketika golongan kafir menakut-nakutkan Nabi tentang tentera yang akan menyerang Nabi. (Oh ya...yang ni saya dapat dari bahan bacaan saya di online).
Ha...pasni boleh la baca ayat ni kalau agak-agak stress atau ditimpa masalah hebat. Peringatan untuk diri sendiri niii...bace jgn tak bace!
Oklah...nak lunch dulu. Bye! (Kantoi type tengah kerja.) Hihi.
Read More