Wednesday, November 11, 2009

Warna Warni Hari Ini

Tepat jari jemari jam menginjak angka 10...perotku mula berbunyi. Mahukan sesuatu ringan sebelum tiba waktu tengah hari. Buah papaya bermain-main di kotak minda. Lalu, kaki membawa badan ke sebuah kedai yg menjual pelbagai barang keperluan iaitu dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Setelah memilih buah papaya idaman hati, duit dihulur tanda wujudnya satu hubungan jual beli antara diriku dan si penjual buah. "Manis buah papaya ni..", detik hatiku. Tiba-tiba mataku tertancap pada sebuah gerai yg agak berwarna warni. Pantas jari jemariku meraba-raba barangan yg di jual di atas meja itu. "Chantek!", detik hatiku sekali lagi.

Hampir 20 minit masa yang telah ku laburkan di kedai ini. Bukan sahaja masa, tetapi beberapa keping nota Ringgit Malaysia juga telah berjaya aku laburkan.. Ini bermakna saya sudah miskin beberapa ringgit tapi makin kaya harta karun yg akan berada di bilik ku... Mari kita lihat hasil pelaburan saya pada hari ni...

.
.
.
.
.
.
.

Chantekkan tangan yang ada "bangle pink baru beli" itu...

Inilah gambar anting-anting itu...

Walaupun mereka cuma berharga kurang kurang RM20 namun saya berpuas hati. Hati saya membungakan lagu gembira =) Betullah kate mude-mudi sekarang bahawa "Shopping is the best therapy"! Sekian saja paparan saya pada kali ini. Jumpa lagi di lain hari.

Daa...!~

4 comments:

SIKAKITULIS said...

muda-mudi..nmpk sgt ko dh tue hahaha

a.m.n.i.n.a said...

mude-mude itu merujuk kepada aku dan juga rakan2 yg sentiasa muda...

Unknown said...

sabo jelah...

Ziera said...

Babe!!
I love the bangles!!! Ada in hot purple tak? Black or gold perhaps??? :)