5.30 pm - Theobroma Chocolate Lounge in Bangsar Village
Setelah selesai mengambil Emma di stesen LRT Kelana Jaya, maka lengkaplah geng Kaki Ronggeng. Mengambil kira perot Emma yg masih kosong dan belum di isi, maka saya mencadangkan agar kami semua berhenti berehat sambil menikmati minum petang di Bangsar. Lokasi yang dipilih untuk minum petang adalah lokasi pilihan saya dan chekgu untuk melepak sebelum ini sekiranya kami tidak melepak di Chawan ataupun Pelita....
Berikut adalah menu yang dipesan oleh kami semua...
- Chocolate Affair (chocolate fondue with 4 seasonal fruits)
- Chocolate Chips and Sultana Pancake
- Meatball with Oriental Tomato Sauce (served with bread)
- Little Jane (chocolate baby cino)
- Snow White Mocha Frappe (belgian white mocha frappe)
Sambil menikmati hidangan dan mengcomotkan mulut dgn cekelat, kami sempat berkongsi cerita dan berbual - bual. Yeah....catch up session. Kami mengupdate setiap kakis dengan cerita terkini dan sensasi.
Perjumpaan kami tidak lengkap dgn aksi usik mengusik serta tawa hilai. Ada saja cerita yg keluar daripada mulut. Kami gembira bersama. Susah senang bersama. Mengutuk pun bersama ..Hahaha....
Selain daripada hubungan kami berlima,hubungan kami dengan lensa kamera juga adalah sangat rapat. Maka di bawah adalah hasil-hasil kerjasama di antara kami dan juga lensa kamera....Hehe
Kat escalator pun jadik....
Pokok Xmas merata-rata sepanjang Disember ini..dua dari kiri pun pokok..tp pokok renek =p
Baca doa dulu sebelum makan....
* Togetherness and happiness*
Muka ceria kami bersama-sama hidangan....
Muka-muka pembuli saya...hahaha...inilah akibatnya =p serik?
6.30 - Semua anak-anak muda ini memasuki perot kereta Honda City Cik Anis. Sebagai GPS, saya harus berada di barisan hadapan, berjuang bagi memastikan kami selamat sampai ke destinasi seterusnya iaitu di Istana budaya. Dukacitanya, GPS tambahan (Anis..bukan aku) ini telah memberi info yg salah lalu membuatkan kami semua sampai lewat dari yg dijangkakan.... =p
bersambung....