Tuesday, April 6, 2010

Perot Made in Italy


Hehe...bab bab perot ni sensitif sket...terutamanya kepada Kak Yamie saya =p~ Kenapa? Sebab beliau mengesyaki bahawa perot beliau telah naik ukur lilitnya... Entry ni bukan utk meng'glamour'kan Kak Yamie tapi mahu menceritakan perihal aku, kuali dan sudipku. Ape agenda kami minggu lepas ya?

Puan-puan dan tuan-tuan, hujung minggu lepas saya telah selamat memasak Spaghetti Bolognese buat ke sekian kalinya. Kenapa saya selalu masak Spaghetti Bolognese tetapi bukan Masak Lemak Cili Api? Jawapannya, kerna perot chekgu saya adalah perot made in Italy. Seleranya lebih cenderung ke arah masakan Italy dan yg seangkatan dengannya. Tapi kali ini aku tokok tambah resepinya dengan Meatball baked with cheese. Ape nak buat, beliau amat menyukai keju (uhuk, kamoo...keju mahal tau T_T).

- Spaghetti Bolognese with Meatball Baked with Cheese -

Eh...tapi saya bukan masak utk beliau saja. Ada beberapa orang yg kiranya bertuah kerana dpt makan masakan saya...yer bab kate orang melayu, saya ni setahun sekali je masuk dapur....bak kate omputih pula, once in a bluemoon ;)

- Amalina, Fairuz dan Encik Shamree Liew sedang menikmati masakan saya -

Resepi kali ni sama sahaja seperti sebelum ini. Masih mengekalkan bahan utama iaitu Encik Ragu berperisa tomato dan garlic. Stok Encik Ragu yang berbotol-botol di rumah telah habis... Harap-harap masih di jual di Cold Storage The Mall. Saya pengguna setia Encik Ragu kerna rasanya yg lebih umpph mcm teh Boh =p~ Pernah tukar ke botol cap lain kerna tidak berjaya menemui Encik Ragu di mana-mana kedai, tetapi hasilnya lain....Sebab itu saya masih setia dgn Encik Ragu saya....Rupa Encik Ragu saya adalah seperti dibawah....

- Encik Ragu yang saya guna tanpa ragu-ragu -

Setelah selesai memasak dan pack bekal untuk mulut-mulut yang bertuah, saya bersiap utk ke kampus. Ha....jangan ingat saya bersenang lenang di hujung minggu yer. Saya terpaksa membahagikan masa utk kelas (sabtu dan ahad), diskusi, santai dan utk orang-orang yg tersayang. Kelam kabut saya mencari baju dan seluar yg bakal saya pakai ketika berdiskusi bersama group mates dan selepas diskusi saya akan keluar membeli belah bersama chekgu dan adik beliau...Jadi kenelah chantek-chantek sikit kan kawan-kawan?

- Shop Pink @ Pavi Singa ( Pavilion) -

nota kaki : Nasi Bukhari Daging?? Kamoo, saya ni amatur lagi tau... T_T


5 comments:

KePOchi LaTTe said...

nina, mahu resipi meatball n cheese....

a.m.n.i.n.a said...

Tiada resepi rahsia...cuma beli sekotak meatball marina dan beli mozzarella cheese =)

KePOchi LaTTe said...

lor...begitu rupanya...hehehe

a.m.n.i.n.a said...

Yup... ;)
Try la Aswa....Eh, btw..kamu on ym tak? Ding dong akoo..

adda_shariff said...

adik manis..i'm free next 17th..marilah outing secara economical (sy b2b yg ikat perot) haha..