CST Production? Tak kenal? Tipoooo!
Merata-rata link tengok video clip cinta Elyana tersebar. Itu kerja merekalah.
Sekarang CST Production anjur peraduan. Peraduan ape? Peraduan Our True Love story.
Hadiah? Video short story percuma untuk pemenang.
Siapa pemenang? Harap-harap saya lah. Hehe
Dah-dah...Banyak cakap tak guna. Laburkan masa anda dengan membaca. Membaca amalan mulia. Oleh itu, bacalah bingkisan aidiladha...eh eh bingkisan cerita saya.
-.-
Malam Seribu Satu Malam (Oh tiada Sinbad didalam ini cerita)
Satu malam minggu, hati sepi tanpa seorang insan istimewa bernama boyfriend. Mengeluh? Dah masuk jutaan kali kut. Bukan setahun tapi 3 tahun lamanya. Yang datang mengetuk pintu hanti tidak mampu membuka pintu hatiku yg telah lama ku tutup. Jangan ditanya kenapa...aku pasti ramai yg seperti aku. Tapi malam itu berbeza...tidak seperti malam minggu yg lain.
Pelawaan seorang kawan dan seorang adik utk menghabiskan malam minggu bersama kawan-kawan aku terima dengan berat hati, Mengapa? Malam semakin pekat menandakan kelewatan malam itu. Cinderella kan tak boleh keluar malam-malam. Aku ni Cinderella yg menunggu putera berkuda putih datang di beranda apartment tingkat 15. Berangan! Hehe...
Bersiap secara ringkas. Baju t-shirt Playboy limited edition ku pakai. Malas nak gosok baju lawa-lawa. Lagipun bukan ade yang nak tengok. Make up pun ala kadar aje. Dah malam, bukan ade orang nak telek. Sebuah kereta mengambil kami. Kereta meluncur laju membelah kepekatan malam itu.
Ada dua jejaka di dalam kereta itu. Yang driver tu dah selalu aku tengok. Rakan sekerja teman serumahku. Selalu juga kami makan ramai-ramai. Tapi yg duduk di seat co-pilot mmg tak pernah aku lihat. Macam budak-budak aje muka dia, getus hatiku. Serious tak ambil port langsung pasal dia. Borak2 dgn mereka lagi syiok. Mereka ni kecoh...tapi mamat sebelah ni pendiam sket. Ape-ape aje lah time tu..
Tiba kami di sebuah kedai mamak sekitar damansara. Kedai mamak sekarang dah up standard dia. Maka duduklah kami semua. Total 3 buah kereta. Aku duduk dihujung meja. Manakala mamat pendiam tu pada mulanya duduk jauh dariku. Kemudian dia bangun, mahu ke toilet katanya. Al-kisah, kawan dia (Faizal) serbat kerusi dia. Setibanya mamat pendiam ni, terpinga-pinga dia melihat kerusi diserbat org. Nak tak nak dia kene angkat kerusi duduk bebetul disebelahku. Faizal angkat kening kepadaku dan senyum. Cis!
Maka berboraklah kami. Aku sedikit pendiam dimeja itu. Masih sedih sebab tak dapat putera kacak naik kuda puteh kot. Hehe. Mamat pendiam ni jemput aku makan. Aku pula berborak dengan rakan di sebelah beliau (Mizi). Mizi ni peramah. Suka kenakan aku. Aku mula rancak berborak. Macam boleh ngam dengan Mizi. Mamat pendiam ni makan. Tertib. Tak bersepah dalam pinggan. "Bagus...", tibe-tibe je hati ckp macam tu. Erk!
Kemudian aku mulakan temubicara aku dgn mamat pendiam ni. Cikgu rupanya. Sama working field. Cuma aku bukan tenaga pengajar. Aku bahagian pengurusan di sebuah kolej. Jadi aku offer dia peluang pekerjaan. Itupun kalau dia mahu tukar profesyen. Jadi aku tulis alamat email opish di atas kertas tisu. Serious aku takde niat selain mahu offer peluang pekerjaan. Takdepun rasa nak ngorat. Habis disitu. Aku sambul berbual dengan Mizi. Tak habis2 dia mengusik aku. Tapi bukan usik dgn mamat pendiam. Takde kene mengena dengan mamat pendiam. Dari jauh Faizal cuma mampu tersenyum kambenk...aneh btol.
Sengal-sengal Nasib Badan
Satu petang di pejabat. Satu email kuterima. Eh..eh...dari si mamat pendiam itu lah. Suruh aku add ym dia. Aku yg tidak berperasaan itu buat tak endah. Dua minit lepas tu, email dari dia lagi. Suruh add katanyer. Lalu aku add aje. Sembang sana sini. Takde pula pendiam. Beliau mengajar diterengganu. Katanya mahu turun KL minggu tu, dan nak ajak aku kuar. Aku iyerkan ajer. Sengal tak sengal...dia x minta number hp. Ku biarkan aje. Padaku lelaki kene panjang akal.
Seminggu kemudian. Ding! YM dari dia (bukan senang nak berchatting dgn dia. Takde internet kat sekolah ok). Menyatakan kesedihan dia sebab x dpt jumpe aku.
Mamat pendiam: Sedih tak dapat jumpa kt kl aritu.
Mamat pendiam: Saya takde nombor hp awk.
Saya: Ohhh..takpelah. Next time kite jumpa lg.
Masing-masing tak nak mengalah. Aku tak nak bagi nombor hp. Dia malu mahu mintak. Padan muka disitu.
Tak lama lepas tu, kami bertukar number hp. Sms sana sini. Cuma call bila perlu. Sama ada ketika aku tension sebab tengah study. Atau sebab dia tibe-tibe call. Kadang2 dia mintak aku mms gambar. Pelik aku tak boleh hidu ape yg dia mahu. Adekah aku tiada perasaan? Mungkin laaaaa...
Setiap kali dia balik kl, dia akan call aku. Ajak jumpa. Minum petang bersama. Tengok movie masa tu mesti berempat. Takde nyer nak berduaan. Jadi macam mana aku nak hidu ape dia mahu. Yang aku hidu cume perfume Aigner dia yg menawan. Ghau-ghau bau dia. Hehe.
Tak lama selepas tu, setiap kali dia call, dia akan nyanyi lagu. Lagu pertama dia nyanyi lagu More than words. Kadang2 dia nyanyi tapi hantar gune bubble talk. Time kerja dpt bubble talk dari dia. Dia nyanyi. Indah kan? Kadang2 aku balas...tapi hanya nyanyi lagu kanak-kanak. Lagu tiga kupang....lagu aku burung tiong....lagu anak itik tok wi....dah itu je yg aku hafal. Itupun kene paksa dgn cikgu muzik sekolah time kecik-kecik dulu.
Satu Insiden yg Membuka Hidungku
Klimaksnya tiba apabila di suatu pagi nan indah, satu panggilan dari dia, "Awak, kejap yer". Saya pun tunggu seminit dua. Tak lama lepas tu, dihujung corong telefon terdengar sekumpulan budak-budak kecil menyanyi...
"You are my sunshine, my only sunshine
You make me happy when skies are gray
You'll never know dear how much I love you
Please don't take my sunshine away..."
"Lagu ni untuk awak. Saya train budak2 ni nyanyi untuk awak..".There you go...He swept off my feet just like that! Lepas tu dia sambung nyanyi by himself. Terkesima ok. Saya tersenyum dari pagi hingga balik kerja. Tido pun senyum lagi. Nice isnt it?
Bukan dia saje yang pandai sweet-sweet. Saya pun manes. Satu petang dia dah nak balik ke kampung halaman. Kedah darul aman. Saya sediakan sekotak coklat yg saya susun sendiri. Saya balut sendiri. Macam orang beli baju tu. Bukak kotak ade wrapper balut baju. Pastu baru ade baju. Macam itulah. Sekeping nota berbunyi " Kisses for you in case you miss me". Yer! Aku belikan coklat kisses dan atur byk-byk dalam kotak. Khas buat si dia. A double meaning gift.
Sedangkan lidah lagi tergigit. Entah ape yang berlaku. Aku masam muka dgn dia. Dia dah nak balik kedah hari tu. Kali ni dia naik bus. Tapi aku tamau jumpa.PMS kot aku hari tu. Bile pikir balik, aku rasa mcm tak patot buat orang mcm tu. Lalu dengan masa 30 minit yg aku ade, aku naik LRT Stesen Universiti.Destinasi? Pudu Raya. Nah..itu dia! Jeng..jeng..jeng! Sempat tak aku datang? 15 minit tau perjalanan ke LRT Uni ke LRT Pasar Seni. Berlari? Mestilah! Tapi sempat singgah beli sekuntum bunga dekat nyonya florist tu. Berlari? Berlari lagik. Try nak call dia. Alamak!!!! Kredit habis. Singgah 7E. Alamak sekali lagik!!! No cash. Nasib ade atm dalam 7E Petaling Street. Yes! Dapat topup hp. Call dia (dia tatau saya on the way jumpa dia ok!)untuk tanya naik bus ape. Naseb bus dia park tepi Nandos Petaling Street. Penumpang dah naik bus tp bus tak jalan. Tercungap? Of course! Aku minta izin driver bus nak jumpa someone. Naik tingkat atas bus..jumpa lah mamat pendiam.Dia terkujat.Aku tercungap! Mengah ok. Kami turun bus.. aku suh dia tutup mate. Kasi bunga kat dia... Touching? Mestilah! Dia kate, "saya takde ape ape untuk awk.tak tahu awk nak dtg". Muke dia? Muka terharu laa. Muka aku? Muka penat berlari. Kemudian hon pakcik bus memecah suasana. Dia terpaksa naik bus semula. Aku lambai-lambai dari bawah. Tanpa aku sedar ade manik-manik mutiara dipipi. Kenapa? Sedih laa...putera raja dah naik kuda puteh eh....naik bas p balik kampung. Lepas tu dia call, teman aku jalan sampai ler aku tiba dirumah. Penat tapi berbaloi....Dia kate, tak pernah ade orang buat dia mcm tu (kan aku dah cakap tadi, aku manes jugak). Hehe....
Dari situlah bermulanya episode bitter-sweet love story kami. Tak perlu nak kate i love u atau kanda chenta dinda. Actions speak louder than words, people! ;) And they hope to live happily ever after. The end.
Check them out!CST Production.
nota kaki: Sekian karangan tak rasmi untuk SPM 2020.