Personally bagi saya...perlu! Kerana kita manusia biasa. Bukannya maksum. Tapi jangan dipermainkan perkataan maaf kerana suatu hari maaf itu tidak bererti lagi. Yang tinggal hanya sesalan. Bak lagu Shiela Hamzah, Beribu Sesalan. Bila nasi dah jadi bubur....maaf pun tak guna.
Faham kalian?
Saya bukan alim. Jauh sekali berangan nak jadi ustazah. Namun, saya dengan rendah hatinya hendak berkongsi hadis-hadis berkenaan dengan maaf. Lepas baca, hati yang bergelodak mesti akan lapang je. Rupanya, maaf bukan perkara yang mudah. Yang memaafkan adalah lebih mulia darjatnya. Tapi yang penting, maaf mestilah datang dengan perasaan ikhlas dan redha.
Jom tengok hadis-hadis di bawah as a reminder to ourselves.
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)
Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)
Dari Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw bersabda: “Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian, dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.” (HR Muwatta Imam Malik)
0 comments:
Post a Comment