Tuesday, December 11, 2012

Dusun buah-buahan nenek.

Sekarang ni bulan Disember dan rasanya bulan Disember ni bukan sahaja musim cuti sekolah, tapi musim buah-buahan juga. Seperti biasa bile dah ade kat Kuantan, Mak mesti ajak balik Pekan. Pekan is my mom's hometown. So, that morning, we left Kuantan for Pekan.

Sampai-sampai je nenek dah duduk kat muka pintu. Macam dah tau-tau je kiteorang nak balik. Lepas salam-salam semua. Berdesup terus masuk hutan blakang rumah. Kat dalam hutan ni ler ada macam-macam pokok buah-buahan. Saya ingatkan kat kampung mak cuma ada pokok durian dan rambutan. Tapi telahan saya salah. Rasanya segala-gala jenis pokok buah ada. Yang paling terkejut, pokok pulasan pun ade! Oh heaven on earth! 

Kat blakang rumah nenek rupanya ada pokok durian, pokok rambutan kuning dan merah, pokok pulasan, pokok mengkudu, pokok manggis, pokok kelapa dan pokok duku. Terjakun sikit bile nampak banyak pokok buah-buahan. Untungla sape yang ade dusun. Tak perlu nak pergi kedai, timbang kilo dan bayar. Kat sini kalau nak makan, masuk je hutan dengan bakul kosong. Keluar-keluar hutan nnt sure penuh bakul. Tapi hati-hati, durian ni jatuh gedebuk tak kire masa. Nak-nak kalau time berangin, banyaklah gugur nya. Kalau takut cedera, pakai ler helmet. Hihi.

Oh ya! Jemput makan semua! Saya dah banyak sangat makan durian ni. Nak sikit tak? Kalau nak, mai la umah.





 

Last but not least. My mom and my sistas. You know what, for this picture, my mom purposely stand on the concrete. Haish. Ganas btol! T_T




0 comments: