Tuesday, December 4, 2012

Jatuh cinta dengan Encik Harris!

Tengah-tengah malam tibe-tibe teringin nak update blog. Ini semua gara-gara baru lepas tengok Istanbul Aku Datang (IAD) buat kali keduanya. Lepak dengan my sisters n mom atas katil and tgk movie dalam gelap. Seronok jugak. Tapi my mom kebabom dulu dgn my other sister. Tinggallah sy dgn my youngest sista, tengok IAD sampai penyudahnya. I think i cant never get enough of this movie. Tak perlu nak berombak rindu sgt kali ni. By the way, Bernard Chauly, u rawks!~
Dah kenapa saya ni nak menjerit tengah malam bute kan? Rasanya tak overdose caffein.
Haha. Lantaklah. Overdose durian gamaknyer,

Well...well lets put IAD and Bernard aside. Let me ask you something. Do u think anyone like Harris exist in this world still? Eh, Harris tu lakonan Beto dalam IAD. Do you? Just to let u girls know, i recently knew someone whom is more or less like Harris. Nak pengsan hokey! Tapi..tapi...tapi...tak boleh nak excited sangat sebab he is taken. Soon to get engaged and married. Huishhhhh! Jangan cari pasal la! I know every Bedah, Tipah and Joyah will love someone like him but its not nice to steal ok. In this context, stealing other people's boyfriend. Kalau btol-btol nak sgt, tawakal je la...jodohkan di tangan Allah s.w.t. Kalau tak dapat, jangan terjun bangunan ye. Sia sia je. At least Pandelela Rinong terjun kolam renang dapat jugak RM300 ribu. Hangpa? Mati katak je kalau buat gitu. Nauzzubillah.

Rasa-rasanya susah nak cari lelaki macam tu. Lelaki tak perlu kacak sangat untuk diminati. Cukup kalau ade nilai nilai murni dalam diri. Kalau dapat menghormati wanita dan menyayangi mereka tanpa syarat, itu lagi bonus tapi bukan BonusLink. Tapi sebelum verangan nak dpt mcm Harris tu, sang wanita harus dulu memperkasakan (ha?) diri. Bukan jadi mcm hercules atau hang tuah. Maksudnya, sang wanita kene la tip top jugak. Baru orang kata bagai pinang di belah dua. Memang orang kate manusia tak sempurna, tapi tak salahkan mencuba? Its the efforts and thoughts that matters the most. Tapi jangan ler buat dengan hati tak ikhlas. Takkan ke mana pun kalau tak ikhlas. Ke laut je...

Kesimpulannya, masih ade lelaki lelaki macam Harris kt luar sana tu. Cuma orang macam mereka lebih low profile takde nye nak tayang diri sana sini. Hanya orang-orang bertuah je dapat. Tahniah saya ucapkan kepada wanita-wanita yang dpt bf ala-ala Harris. Tahniah juga kat kawan saya tu :) Bagi lelaki-lelaki yang nak jadi macam Harris, masih belum terlewat. Tidak ade yang terlewat bile kita nak jadi yang lebih baik. Begitu juga kepada wanita-wanita diluar sana. Tak terlewat untuk kite jadi pasangan yang terbik kepada bf kite. Tak lupe juga, untuk jadi insan yang baik kepada keluarga, agama dan bangsa. Patriotik lah pule kan? Nasib takde lagu negaraku, kalau tak dah lama berdiri tegak atas katil ni. Haru!

Sebelum melabuhkan tirai dan melelapkan mata, saya nak layangkan beberapa keping gambar penulis yang kuat berangan dan kuat membebel. Haha. Semoga kalian tak mimpi ngeri yer ;) Kalau mimpi ngeri tu mesti sebab tak basuh kaki dan tak baca doa, bukan salah gambar-gambar saya ni...

Good nite sweeties and sweetums!

Assalamualaikum.





nota kaki: wayang sudah tamat. sile angkat kaki dan balikkkk. yang ala-ala Inchik Harris sila stay back untuk urusan seri paduka baginda. Serius nih!

0 comments: