Huargghhhh...nantok nya! Pagi Isnin di pejabat sungguh membosankan. Kan bagus kalau hari ni still cuti...kan bagus kalau hari ni chekgu masih di KL...alangkah bagus jika semuanya mengikot kehendak aku. Amnina masih berangan bahawa hari ni masih hari cuti........Haaiih~
Weekend lepas Chekgu datang KL. Amalina pun datang KL..Kebetulan pula Sue sedang cuti. Hati aku berlagu riang...~ Bila Chekgu datang, aku selalu jalan-jalan. Perot bertambah inci (perot dia tau...bukan perot saya =p) dan duit pun mengalir ibarat air teh sungai kelang....isk isk isk (^_^'')v. Disebabkan Chekgu nak datang, aku buat puding caramel untuk yang kesekian kalinya.... Tapi kali ni, Sue dan Amalina menyumbangkan tenaga dan keperluan untuk memasak. Bagos-bagos.....pasni sila tolong lagi yer =p Thanks korang......
Malam Sabtu tu, mula-mula plan nak makan ramai-ramai dekat Yuen Steamboat tapi penyudahnya kami mengubah haluan ke Restoran Murni atas sebab-sebab yang aku malas nak nyatakan disini. Lagipun dekat sikit sebab lepas dinner nanti kami mahu menonton Ironman dan Amalina pula akan menuju ke Port Klang untuk acara makan seafood bersama rakan-rakan. Oh jelesnya saya! Yayang, nanti kite p makan kat Port Klang juga eh.............
- Saya -
- Budak Sengal Saya -
- Kami yg sengal -
Hari tu kan...dek kerna banyak sangat minom ais, suare Chekgu saya telah bertukar menjadi Otromen...eh bukan, menjadi Donald Duck! Hehe....bagi yang pernah bercakap dgn dia hujung minggu lepas, sure korang masihh ingat bunyi suara dia. Kelaka! Maap yer kamoo.....saya tak mampu menahan gelak...bukan saya sahaja malahan waitress pun bley gelakkan dia...kesian kamoo kan? =p~
Weekend lepas byk suke-duka yg aku lalui. Terasa panjang pula hujung minggu yang lepas. Mujur ade Chekgu, family dan kawan-kawan yg memahami...Maceh yer semua~
- Hehe.... ;) -
- Tammat -
nota kaki: Minta dijauhi dari segala malapetaka dan niat jahat orang.....Amiiiin~
0 comments:
Post a Comment