Friday, May 14, 2010

Lewat sore itu....... ( Part 2 )

Hujan renyai-renyai membasahai jalan raya Kuala Lumpur. Federal highway sesak dengan kereta yang berasak-asak mahu sampai ke destinasi. Begitulah pemandangan dari tingkap bilik saya... satu fenomena yang biasa dilihat di mana-mana jalan raya kuala lumpur tatkala jarum jam mula mencecah jam 4 petang.

"Sedap jugak kalau dapat minum kopi o dan makan petang ni....", detik hatiku. Lalu, aku dan kanak-kanak riang bilikku sehati sejiwa mahu melakukan satu rutin yg di luar norma kami. Kebetulan kami tidak bekerja pada hari itu, maka terbitlah idea mahu menyediakan makanan petang tatkala hujan masih segan silu membasahi bumi.

Aktiviti masak bersama-sama bermula apabila selesai membeli barang-barang di kedai runcit berhampiran. Hingar-bingar dapur saya dengan kehadiran bibik-bibik baru yang didatangkan khas dari negara jiran. Saya ada bibik? Yer btol...bibik baru tanpa gaji! Mereka adalah kanak-kanak ribena (budak bilik saya) yang bersama-sama menjayakan aktiviti itu.

Cheesy Sausage French Toast. Itu pilihan resipi kami pada kali ini. Bahan-bahan yang digunakan adalah Minyak Jagung (Suku cawan), Wholemeal Bread (Sebungkus), Cheese, Sausage dan Telur (5 biji). Berikut adalah cara-cara menyediakan Cheesy Sausage French Toast
  1. Nipiskan roti berserat tinggi dengan penggelek. Ini dia si penggelek itu. Hehe....

  2. Rebus sausage dalam masa 5 minit. Keringkan. Letak di atas roti yang telah dinipiskan.

  3. Lilitkan jalur keju disekeliling sausage.

  4. Gulung roti seperti di dalam gambar.

  5. Celup didalam telur yang telah dibersihkan dan dipukul.

  6. Goreng sehingga keemasan. Lepas goreng....bley ngap ;)
Disamping itu saya turut menggoreng Black Pepper Chicken Wing dan Cekodok Bawang untuk Chekgu dan adek tersayang.....Gambar taded sebab dah lambat nak jumpa mereka..Hehe

Aksi mereka yang sempat ku rakam....

bersambung.........

0 comments: