Friday, August 17, 2012

Persiapan Raya 2012 : Biskut Bunga Bunga Cinta

Semalam tatkala sibuk sibuk kupas serai dan potong lengkuas, sempat fikir nak buat biskut apa. Bukan ape, balang ade banyak tapi kuihnya tak banyak. So, disebabkan dah penat sgt saya pilih Biskut Bunga Bunga Cinta atau nama komersial lain ialah Biskut Bunga Cina. Saya tukar sket nama sebab bunga cina tu saya bayangkana kubur. Ade sedikit seram disituuu..

Resepinya mudah sgt, sambil tengok tv pun boleh buat. Kat bawah ni ade resepi. Kakak-kakak dan makcik-makcik sila ambil pen dan kertas utk salin. 

Biskut Bunga Bunga Cinta
oleh: Amnina Azmi

Bahan-bahan
1 tin Brown and Polson (jgn ambil semua.tinggalkan dalam 3 sudu dlm tin)
1 buku mentega 250gm
250 gm susu pekat / setengah tin.

Cara-cara
1) Guna pemukul telur, whiskan mentega dan susu pekat sehingga sebati dan jadi warna putih. Kejap je pukul dia. Jangan pukul sampai kembang nnt biskut kita kembang. Dah jadi Biskut Cik Siti Wan Kembang puleee yer..
2)Masukkan tepung jagung yang di ayak sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Eh?
3)Masukkan dalam acuan dan tekan sampai jadi bunga.
4)Hiaskan dengan ceri.
5)Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit. Agak agak dan brown sket kt tepi dia, d boleh keluarkan dan sejukkan.

Sekian. Ada senang tak? Senang bangat!
Cubelah....







0 comments: