Saturday, August 18, 2012

Persiapan Raya 2012 : Karpet baru yang gebu

Tajuk terus straight to the point. Takde double meaning atau tajuk sensasi. Mudah untuk korang faham yang saya nak tunjuk karpet baru. Karpet bulu-bulu, you! Warna violet lagi....violetlah sangat kan? Cakap ungu sudahhhh. Dah lama mengidam carpet ni akhirnya alhamdulillah menjadi milik kami sekeluarga.

Karpet bulu-bulu ni diharap dapat berkhidmat secara baik kepada kami sekeluarga. Penat-penat balik raya terus boleh landing atas karpet kemudian tido dibuai mimpi dan alunan dengkuran halus yang sungguh mengasyikkan!   (Best plak tido tengah-tengah hari ni kan?!)

Tanpa segan silu meh saya tunjukkan karpet raya kami. Haha.. Sile lah tengok. Jangan malu-malu..penulis yang patut malu sebab duk tayang karpet yang tak seberapa ni. Bukan karpet ribuan ringgit pun. Tapi pucuk pangkalnya syukur dengan apa jua rezeki Allah s.w.t :)


Sila maafkan kaki saya tu. -_-"

0 comments: