Alhamdulillah.
Rezeki Ramadhan lagi.
Ada hamba Allah yang berhati baik nak belanja Bubba Gump.
Jadi lepas kerja semalam terus head to Sunway Pyramid untuk iftar dan aktiviti membeli belah.
Terima kasih yer encik :)
Sampai sampai je kaki terus melangkah laju menuju kedai kedai kegemaran.
Singgah Cotton On, jenguk F21, bertanya khabar Kitschen dan ziarah Dressing Paula.
Semua letak perkataan SALE kt muka pintu.
Bile nampak SALE melambai-lambai, cepat-cepat capai wallet dan check baki.
Kalau banyak syilling dari wang kertas, niat harus dibatalkan.
Tup tap...4 beg! Apekah...???
Tapi demi adik kecik ku yang tersayang, kakak-kakakmu ini sanggup melabur wang asalkan ente bergaya di hari raya.
Kakak pakai kaftan sudah! Sebab sah-sah kene cuci ayam daging nnt.
(Sungguh tak glamour!)
Lepas penat menjelajah Sunway Pyramid, tibalah waktu nak berbuka.
So dengan segala kudrat yang ade, Run Forest Run!
Cepat cepat ke Bubba Gump untuk order.
Eh rupa rupanya Bubba Gump buat Ramadhan Buffet at RM65++.
Tapi dengan sopan kami menolak untuk ambil buffet sebab ala carte suda mencukupi.
(Tank kecik aje. Ahaks!~)
Sempat order Shrimp’s Heaven untuk di kongsi bertiga.
Di samping tu order jugak Mama's Southern Fried Chicken dan pasta masta.
Burpppp. Kenyang sekenyangnya.
Muak pun ade kut. Orang dah belanje komplen pulak kan? T_T
Lepas dah kenyang perut, of course suka hati.
Tapi bertambah suka bile Amalina belanja movie pulak.
Bertiga juga.
Bukan orang yang sama, orang lain.
Tengok Total Recall.
Movie was ok but i prefer Step Up. Thank you.
Lepas movie buat ape?
Haaaaa......lepas movie kiteorang bersahur dekat Murni Mentari Court.
Order air 4 gelas untuk bekalan puasa esok hari.
Memang tamak.
Sedar tak sedar jam dah 2 pagi.
Memang tak sedar diri esok kerja.
Dah nampak 2 pagi, ape lagi...masa untuk pulang.
Sempat Isya sebelum tido okeh.
Alhamdulillah..syukur sebab mateku tak terus tutup dan mulutku mengalunkan bunyian merdu.
Ha...itu je lah cerita semalam. Untuk hari ini, kite cerita esok luse.
Boleh?
Bagusss....so see you later yer kawan-kawan.
Daa~
0 comments:
Post a Comment