Monday, August 27, 2012

Hari Raya 2012 : Tema warna raya Amnina tahun ini

Alhamdulillah, tahun ni dapat juga kita sama-sama menyambut Syawal setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Jujur, saya amat menantikan syawal setiap tahun...sejak dari kecil lagi. Tetapi tahun ni, saya begitu merindui suasana Ramadhan yang cukup tenang walaupun masalah bergelora tanpa henti. Syukur kerana masih berpeluang berpuasa, berterawih (walaupun tak banyak hari perform) dan menyambut syawal. Harap-harap Ramadhan dan Syawal korang baik baik saje. Yang dapat terawih penuh, memang saya salute!

Seperti kebiasaan keluarga, setiap tahun mesti ada warna tema. Tahun ni keluarga saya bertemakan Electric Blue. Sangattt biru! Dengar kata, orang jauh di sana pun sedondon bertemakan biru karan. Mesti kacak! Tapi gambar dia saya tak dapat dapat lagi. Oleh sebab itu, hanya ade gambar saya yang berwarna biru. Dekat sini saya ade pantun sket...khas untuk yang membaca ni..


Tudung hitam,
Baju Biru,
Jangan pitam,
Bila i cakap i love you.


Hihi.

Salam Aidil Fitri. Selamat menyambut syawal ke-9.
Rata-rata saya lihat menyambut syawal di pejabat.
Tentunya semeriah di rumah. Maklumlah, lama tak jumpa teman sepejabat.

nota kaki:

Saya masih dirumah dan cuti saya masih berbaki seminggu untuk saya bersenang lenang di rumah. Jgn jeles tau!

  





2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah...comey lotey awok ni...hehe

-anisnormy

a.m.n.i.n.a said...

sejak bile jadi cik anon ni...haha. kembang semangkuk jap bile aku bace.