Tuesday, August 14, 2012

Merdeka tapi macam tak merdeka. Ape kes?

Tahun ni tahun Merdeka Raya.
Raya dan merdeka dekat dekat je tarikh mereka.
Kira double celebration di bulan Ogos, bulan kemerdekaan.
Sepatutnya meriah dan gembira.
Tapi ade juga berita tak enak di bulan Ogos.
Bukan perut gastrik di bulan puasa sahaja yg tidak enak, ade lagi yang tidak enak.

Malas nak berbicara panjang sebab tengah bekerja.
Yang perlu kite tahu bahawa setiap manusia mempunyai hak masing2.
Hak asasi manusia.
Hak itu ibarat sesuatu kepunyaan kita.
Ape perasaan anda bila kepunyaan anda di rampas?
Saya rasa sama seperti perasaan ketika tanah air kita di rampas Jepun dan di takluki British.
Marah! Geram! Berapi-api!
Jadi pesan saya pada pihak yang merampas...pihak yang menakluki..
Hentilah bermain api kelak merana diri.

Sehingga yang bengkok diluruskan,
Yang kusut direlaikan,
Saya dengan rendah hati tidak memberi sokongan terhadap mana mana bentuk penindasan hak hak sebagai penghuni bumi yang bebas bersuara.
Maaf, saya bukan burung kakak tua yang hanya tahu mengikut.
Mungkin suara saya kecil tapi harapan saya besar.
Harapan saya supaya suara yang kecil in di dengari dan di ambil perhatian.
Itu harapan saya.

Sekian. Terima Kasih.

- Amnina Azmi -



0 comments: